Sunday, 7 April 2013

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."



p/s: sy cuma panjangkan share yg sy terbaca di fb...

Thursday, 4 April 2013

umrah::.withLOVE.::

aku rase nak haplot gambau jek kali nih...mari cuci mata...

pemandangan biasa di mekah...manusia berpusu2 berebut2 mendekatkan diri dgn suruhan Allah...tawaf...Allah memuji manusia kepada malaikat...wahai malaikat, kau lihat manusia...walaupun aku berikan mereka nafsu, tetapi mereka tidak pernah lalai untuk tawaf di seliling rumahKu :)
untung kita kan...Allah puji manusia...
Allah hu akbar 

 pemandangan di roof top masjidil haram...
cop tempat sebelum solat sejam dua perkara biasa di mekah+madinah :)

pemandangan nak balik hotel lepas solat...mcm kat psar malam, kan?

Subahanallah, Allah hu akbar....

hotel paling dekat dgn masjidil haram...hotel zam-zam tower

saya

suami saya...
suami sy curi2 ambil gambar sy...hikhikhik...sebenarnye sy perasan jek suami sy amek gambo sy...sebenarnye die tgh amek gambar sendiri...sbb sy sibuk bergambar dgn mak sy...sian die...langsung tak suke susahkan sy...hehe...sebenarnye die nak ambil gambar bukit kat belakang tuh...jgn salah anggap ye...die bukan perasan ensem amek gambar sendiri...

Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Thur bersama Abu Bakar As-Siddiq..
Lima orang yang tahu Baginda dan Abu BAkar As-Siddiq bersembunyi:
  1. Abdullah bin Abu Bakar As-Siddiq
  2. Amir bin Fuhairah
  3. Abdullah bin Uraiqit
  4. Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq
  5. Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq
Jabar Thur.. Tempat dimana terletanya Gua Thur..

Nabi Muhammad dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di Gua Thur dalam usaha dakwah dari kaum kafir Quraisy yang sangat kejam dan ligat menentang usaha dakwah Islamiah. Lima orang sahaja yang tahu tempat persembunyian di Gua Thur:

(i) Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq
- Sentiasa mendengar berita yang dicakap oleh pembesar Quraisy
- Bawa berita ke Gua Thur pada tengah malam.

(ii) Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq (Zatun Nitakaini)
- Bawa makanan kepada Nabi dan ayahnya
- Diberi gelaran wanita yang memiliki2 tali pinggang - belah tali pinggang utk ikat makanan dan di pinggang.

(iii) Amir bin Fuhairah
- bawa kambing-kambing milik Abu Bakar As-Siddiq ke kaki Bukit Thur untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Nabi dan Abu BAkar As-Siddiq.
- Pagi beliau mengembala kambing, petang beliau memerah susu kambing, dan malamnya, beliau menghantar susu kambing ke Gua Thur.

(iv) Abdullah bin Uraiqit
-bawa 2 ekor unta untuk Abu Bakar As-Siddiq pada malam ke-3 persembunyian.

(v) Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq
      -pengetahuan

pandaikan aku mengarang kan..tak sebenarnye...sebenarnye aku amek kat blog nih...klik di sini :) 

 seperti biasa, laki aku suke amek gambo bangunan and design...
ni kedai aku beli perfume...
pakai lah perfume kasturi kerana nabi Muhammad s.a.w kata kasturi adalah wangian yg paling wangi...apabila nabi da kata gitu...kita tak boleh kata kasturi busuk yek...tak boleh!
kasturi tuh adalah cecair di dalam tubuh badan kijang/rusa...dlm bahasa inggeris, kita panggil musk

kita ngan mak kita, ngan abah kita ;*

kita, ngan suami kita...ni kat jeddah...nak balik da...sob, sob...
dalam bungkusan tisu itu adalah makanan...sekian...

mata ngantuk...baru bangun tdo...

mak kita tgh lelapkan mata...abah kita tgh baca katalog sambil tak peduli anak die tgh main2...suami kita tgh amek gambar kita...kita yg suruh...

sekian :)

Saturday, 9 March 2013

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH...

assalamualaikum friends out there....

tibe2 rase nak menulis setelah sekian lama menyepi...bukan ape menyepi...sbb tade ape pon perkembangan baru nak tulis....so, takde la idea....

2minggu yg lepas sebenarnye aku dan suami dijemput Allah untuk menziarah ke tanah suci al mukarramah....eceh....macam ustazah pulak cakap gituw...hehe...alhamdulillah....sepanjang 5hari di madinah dan 7hari di mekkah....aku betul2 terasa byk sgt kelemahan diri ni....di sana, keyakinan aku pada Allah makin terasa apabila terdetik apa pun dalam hati ini sesuatu yg aku tibe2 was2...Allah tambahkan keyakinan aku pd kuasaNya....tak dapat gambarkan bersyukur dgn semua yg terjadi di sana...sgt bersyukur....

aku terasa kelainan yg amat ketara bile ku bandingkan aktiviti manusia di tanah suci dgn negara aku yg tercinta nih....sgt berbeza...sgt lain...dan for the 1st time, sbb aku pon br 1st time ke tanah suci...aku dapat rasekan kelainannye....

dari hati aku luahkan....di sini terlampau lagha kehidupan kite sehari2an...aku tak kate pd aktiviti org lain...tapi aku kaitkan dgn aktiviti aku sehari2an...keje tanpa niat kerana Allah...tinggalkan segala urusan tidak bersandarkan atas tawakal kepada Allah...tak memilih baca quran malah memilih belek internet tak habis2....banyak lagi la aktiviti yg aku rase mcm, eh, lagha nye hidup aku selama nih....

di sana, umat islam berlumba2 merebut pahala ke masjid untuk berjemaah tidak kira lelaki mahupun perempuan....aktiviti pekerjaan mereka di sana sentiasa mendahulukan tawakal kepada Allah....setiap waktu solat berjemaah, mereka akan tutup permis mereka dan dirikan solat berjemaah tidak kira mereka kerja kontractor ke, mereka dengar azan, mereka tinggalkan kerja mereka, dan dirikan solat berjemaah di tepi koridor bersama2 rakan yg lain...Subahanallah, Maha Suci Allah...

bile teringat mekkah, air mata ni tak boleh berhenti mengalir kerana rindu...ya Allah, ampun kan aku...apabila mendengar kisah nabi Muhammad s.a.w dengan kisah perjuangannye, air mata ni juga setia mengalir kerana rindukan rasul...walaupun tak pernah bertemu...

pertama kali aku jejakkan kaki ke tanah suci madinah dan mekkah sebenarnye aku sgt bersyukur kerana mak dan abah aku pun pergi sekali dgn kami...byk benda yg aku belajar ngan mak dan abah....semua ilmu tuh buat aku rase dahaga...semoga Allah tetapkan hati aku...aku rase makin lama, makin aku nak tahu dan makin nak tahu tentang rahsia islam dan iman....semoga Allah permudahkan dan tetapkan hatiku...insyaAllah....

di sana juga aku bertemu dgn ustazah yg lead rombongan kami nak masuk raudah menziarahi makam nabi muhammad s.a.w....ustazah ajar, macam mane cara nak berdoa...insyaAllah aku share kat sini...k...

mulakan doa anda dgn....
"aku bertawasul kepada nabi muhammad s.a.w yg mempunyai syafaat, ya Allah Kau kurniakanlah................(sambung dgn doa anda...jgn lupe masukkan perkataan 'percepatkanlah' utk doa yg anda nak hajat tuh segera la kan....contohnye 'percepatkanlah rezeki bla bla bla....').....kemudian tutup doa anda dengan selawat dan puji2an bagi Allah..."insyaAllah, barulah doa terangkat selepas kite memuji2 Allah...insyaAllah.....

tu jek yg ingat buat mase nih....kalo ade lg...nati sambung cite ek....