Tuesday 16 April 2013

membuatkan hari2 aku ceria :)

sbb ini la aku jatuh cinta kat running man...aku boleh gelak macam org gile...hahaha

Wednesday 10 April 2013

masa utk menulis

assalamualaikum :)

tibe2 rase nak menulis...tapi rase malas sgt sejak minggu ni start...letih tak tau kenape...nak kate aku kawad kaki setiap ptg...tak pulak...sbb aku cikgu...tak yah kawad kaki...yg pasti kena tunggu bdk kawad kaki utk sehari sahaja seminggu ade la...sehari jek kan...ape la nak kira sgt...kan...

minggu ni sekolah aku ade kawad kaki peringkat sekolah...sejak awal tahun nih...aku da mula berfikiran positif...selepas raya cina, 5minggu berturut2 sekolah aku gunakan hari sabtu kami utk aktiviti pelbagai...dan aku rasa...ok jek...tak mengeluh 'mcm dlu' lg...alhamdulillah...sekurang2nya aku ada masa berkualiti dgn keluarga bile sekolah cuti seminggu...alhamdulillah :)

hari ni sebenarnye aku da terjumpe fail homeopathy yg aku pernah dapatkan rawatan dlu...cuma aku malas sgt nak scan graf yg die bg tuh...nati la kalo aku ade kekuatan akan aku share kat sini...in sha Allah...

byk perkara nak buat sebenarnye...

1) nak stepler kertas mid term
2) kena sudahkan jahit manik baju mak aku
3) kakak aku baru hantar baju nak kena jahit manik
4) nak beli manik kat melake (jauhkan beli manik...hehe...kedai tuh jek yg menepati citarasa aku)
5) kena buat soalan PTS (program tuisyen sekolah) form 3
6) tgk running man (hoh?kenape ini termasuk dlm benda kena buat???)

ok...nak off dlu...nak share sesuatu yg i lioke ;)






T A M A T

Sunday 7 April 2013

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."



p/s: sy cuma panjangkan share yg sy terbaca di fb...

Thursday 4 April 2013

umrah::.withLOVE.::

aku rase nak haplot gambau jek kali nih...mari cuci mata...

pemandangan biasa di mekah...manusia berpusu2 berebut2 mendekatkan diri dgn suruhan Allah...tawaf...Allah memuji manusia kepada malaikat...wahai malaikat, kau lihat manusia...walaupun aku berikan mereka nafsu, tetapi mereka tidak pernah lalai untuk tawaf di seliling rumahKu :)
untung kita kan...Allah puji manusia...
Allah hu akbar 

 pemandangan di roof top masjidil haram...
cop tempat sebelum solat sejam dua perkara biasa di mekah+madinah :)

pemandangan nak balik hotel lepas solat...mcm kat psar malam, kan?

Subahanallah, Allah hu akbar....

hotel paling dekat dgn masjidil haram...hotel zam-zam tower

saya

suami saya...
suami sy curi2 ambil gambar sy...hikhikhik...sebenarnye sy perasan jek suami sy amek gambo sy...sebenarnye die tgh amek gambar sendiri...sbb sy sibuk bergambar dgn mak sy...sian die...langsung tak suke susahkan sy...hehe...sebenarnye die nak ambil gambar bukit kat belakang tuh...jgn salah anggap ye...die bukan perasan ensem amek gambar sendiri...

Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Thur bersama Abu Bakar As-Siddiq..
Lima orang yang tahu Baginda dan Abu BAkar As-Siddiq bersembunyi:
  1. Abdullah bin Abu Bakar As-Siddiq
  2. Amir bin Fuhairah
  3. Abdullah bin Uraiqit
  4. Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq
  5. Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq
Jabar Thur.. Tempat dimana terletanya Gua Thur..

Nabi Muhammad dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di Gua Thur dalam usaha dakwah dari kaum kafir Quraisy yang sangat kejam dan ligat menentang usaha dakwah Islamiah. Lima orang sahaja yang tahu tempat persembunyian di Gua Thur:

(i) Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq
- Sentiasa mendengar berita yang dicakap oleh pembesar Quraisy
- Bawa berita ke Gua Thur pada tengah malam.

(ii) Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq (Zatun Nitakaini)
- Bawa makanan kepada Nabi dan ayahnya
- Diberi gelaran wanita yang memiliki2 tali pinggang - belah tali pinggang utk ikat makanan dan di pinggang.

(iii) Amir bin Fuhairah
- bawa kambing-kambing milik Abu Bakar As-Siddiq ke kaki Bukit Thur untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Nabi dan Abu BAkar As-Siddiq.
- Pagi beliau mengembala kambing, petang beliau memerah susu kambing, dan malamnya, beliau menghantar susu kambing ke Gua Thur.

(iv) Abdullah bin Uraiqit
-bawa 2 ekor unta untuk Abu Bakar As-Siddiq pada malam ke-3 persembunyian.

(v) Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq
      -pengetahuan

pandaikan aku mengarang kan..tak sebenarnye...sebenarnye aku amek kat blog nih...klik di sini :) 

 seperti biasa, laki aku suke amek gambo bangunan and design...
ni kedai aku beli perfume...
pakai lah perfume kasturi kerana nabi Muhammad s.a.w kata kasturi adalah wangian yg paling wangi...apabila nabi da kata gitu...kita tak boleh kata kasturi busuk yek...tak boleh!
kasturi tuh adalah cecair di dalam tubuh badan kijang/rusa...dlm bahasa inggeris, kita panggil musk

kita ngan mak kita, ngan abah kita ;*

kita, ngan suami kita...ni kat jeddah...nak balik da...sob, sob...
dalam bungkusan tisu itu adalah makanan...sekian...

mata ngantuk...baru bangun tdo...

mak kita tgh lelapkan mata...abah kita tgh baca katalog sambil tak peduli anak die tgh main2...suami kita tgh amek gambar kita...kita yg suruh...

sekian :)